
Dah lama aku bergerak diSingapura dengan tujuan mengalakkan orang2 islam diSingapura terutamanya orang2 melayu islam Singapura supaya berminat terhadap SENI LAGU AL QURAN atau apa yang disebut SENI TARANUM AL QURAN dan juga pendedahan bacaan QARI2 MESIR kearah minat kepada membaca al quran dan MAJLIS TILAWAH AL QURAN.
Sudah hampir 7 tahun…!
Nampaknya…. terlampau kurang sambutan!
Terlampau sepi dan tidak disambut!
Macam2 pengalaman yang telah aku lalui didalam berusaha kerja dakwah secara sukarela ini!
Macam2 sikap manusia yang telah aku lihat. Macam2 gaya dan bahasa yang telah aku hadapi dan lalui. Masing2 sibuk dengan diri masing2. Masing2 sering curiga terhadap satu sama lain secara senyap2.
Bila aku mengajak mereka menyertai aku bersama kawan2ku untuk berkumpul mengaji dan ber taranum seminggu sekali …. (secara percuma tanpa bayaran) …… mereka cuba mengelak!
Bila aku cuba berbual2 dengan para2 qari Singapura atau peminat SENI LAGU AL QURAN diSingapura yang aku temui tentang bacaan QARI2 MESIR dan TARANUM QARI2 MESIR….. mereka cuba berdiam diri dan tidak merasa ghairah.
Aku amat hairan…..?
Aku dapati maseh ramai orang2 melayu islam diSingapura yang belajar mengaji dan belajar TARANUM AL QURAN….. tetapi bila diajak berkumpul membaca al quran…. mereka cuba mengelakkan diri. Bila dipelawa bersama2 berdakwah secara sukarela untuk mengembangkan minat taranum al quran dan pendedahan bacaan lagu2 QARI2 MESIR kepada masyarakat…. mereka melarikan diri.
Aku amat sekali merasa hairan dengan sikap mereka..??
Baharulah aku faham…. mengapa umat islam berpecah-belah!
Ini ada bersangkutan dengan soal sikap, minat dan hati perut yang berbedza-bedza.
Mereka belajar mengaji al quran…. tetapi mereka merasa takut dan segan kepada majlis tilawah al Quran!
Mereka belajar agama islam dan beribadat… tetapi mereka merasa keberatan berkumpul untuk mengaji bersama2!( secara percuma)
Mereka maseh suka berbuat kebajikan dan suka menderma menolong orang2 yang susah…. tetapi mereka merasa malu dan tidak merasa ghairah kepada maljis berkumpul membaca al quran kitab zikir Tuhan mereka sendiri…!( walaupun telah dipelawa)
Alu lihat masing2 begitu giat membuka kelas2 mengajar agama, kelas membaca al quran dan kelas2 taranum al quran…. tetapi…. mereka begitu berat untuk memeriahkan majlis berkumpul membaca al quran dari rumah ke rumah.
Hati mereka tidak ghairah dan tertarik pun…!
Dimana hati para ulama?
Diman hati para2 ustadz yang mengajar agama?
Dimana hati para2 ustadz yang mengajar mengaji?
Dimana hati para2 peserta pertandingan tilawah al quran?
Dimana hati manusia2 islam yang suka beribadat?
Dimana hati mereka2 yang suka membuat kebajikan?
Dimana hati mereka2 yang suka berdakwah agamanya?
Dimana hati mereka2 yang mencari keredaan Tuhannya?
Kenapa mereka tidak suka berkumpul bersama2 membaca al quran dan berlagu al quran…(bersama2 dengan kami)…. kerana rindukan keredaan dan wajah Tuhannya?
Hanya Tuhan sahaj yang tahu…!
Selama 7 tahun sudah berlalu….. Tidak pernah mereka datang ketempat ku untuk menyertai kami membaca al quran bersama2!( walaupun telah dijemput)
Aku berpendapat….
Barangkali mereka tidak sukakan kami…
Barangkali mereka mempunyai pendapat sendiri…
Barangkali mereka ingin memperbesarkan kumpulan masing2…
Barangkali mereka terlampau sibuk atau terlampau penat (…sampai 7 tahun…? )
Barangkali kami tidak ada standard kalau dibandingkan dengan mereka.
Barangkali kami tidak warak dan berkelakuan buruk …
( nak berkumpul baca quran sama2 pun nak kena warak dulu keee..?)
Dan entah lah…
Hanya Tuhan sahaja yang lebeh mengetahui!
Banyak sekali yang ingin ku tulis tentang kesah pengalamanku didalam kerja percuma ini dan masyarakat islamku diSingapura.
Inshaallah… aku akan menyambung dilain tulisan.